Produk dan perkhidmatan Royal_Selangor

Campuran logam yang digunakan bagi penghasilan pembuatan pewter.

Kini, syarikat ini menawarkan lebih seribu jenis barangan pinggan mangkuk dan cenderamata yang beraneka, termasuk kole tradisional, set teh, bingkai gambar, aksesori meja dan aksesori wain. Syarikat ini mengedar barangannya dari tapaknya di Kuala Lumpur ke lebih 40 cawangan di 20 negara seluruh dunia, termasuklah cawangan di London, Toronto, Melbourne, Tokyo, Hong Kong dan Singapura. Royal Selangor juga didapati dalam kedai serbaneka Harrods dan John Lewis di United Kingdom serta Wako dan Mitsukoshi di Jepun. Selain diwakili oleh lapan pejabat dalam lima benua, Royal Selangor juga diwakili is di tempat-tempat lain di dunia melalui laman webnya www.royalselangor.com yang memetik harga produknya dalam sembilan matawang berlainan.

Salah satu faktor kejayaan Royal Selangor dalam pasaran cenderamata dan pinggan mangkuk ialah komitmennya terhadap rekabentuk inovatif dan pertukangan yang cemerlang. Setiap tahun, syarikat ini menghasilkan barisan produk baru, ada antaranya yang menerima pengiktirafan antarabangsa. Misalnya, pada tahun 1989 dan 1991, Royal Selangor menerima anugerah Design Plus di Frankfurt International Gift Fair, dan pada tahun 1997, menerima anugerah Gift of the Year dalam kategori cenderamata berlesen, dari Giftware Association of the United Kingdom.

Serombong Royal Selangor Wine Celebration mencipta sejarah dengan memenangi tiga anugerah rekabentuk antarabangsa; Anugerah Red Dot Award dari Design Zentrum di Jerman, Pingat Gangsa IDEA2002 dari Industrial Designers Society of America serta Anugerah Good Design 2002 dari Japan Industrial Design Promotion Organization.